Rabu, 30 Disember 2009

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT MOHD FADLAN DATO' ZULKIFLIE


Pada hari raya Eidul Fitri yang lepas, sahabat baik semasa kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) telah selamat diijabkabulkan, majlis telah dilangsungkan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandaraya Islam (MPKBRI).

UMMAR TARO,ANAK BUAHKU....


Inilah wajah Ummar Taro Takesyi Kumagai, anak buah kesayanganku....Semenjak dari kecil lagi dia membesar di hadapanku, Semenjak berpindah ke Putrajaya, selalu merinduinya.

Semenjak dari kecil dia menghadapi masalah kesihatan sehingga mengakibatkan dia terpaksa menjalani pembedahan sebanyak dua kali, di belakang kepala dan perut.

Kesan dari pembedahan itu, dia menghadapi masalah bertutur dengan sempurna, tapi kadang-kadang dia boleh bertutur dengan lancar, paling kerap "Ohh No..." Umurnya baru genap empat (4) tahun....Sangat merinduinya.....

TAMAT SUDAH KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (DPA), INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)

Syukur ke hadrah Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga menamatkan kursus ini, dalam masa enam bulan setengah saya mengikuti kursus ini, pelbagai ujian, dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Benarlah kata-kata senior yang terdahulu, "mental mesti kuat, fizikal hanya mengikut apa kata mental".Juga saya petik kata-kata Penyelaras Program ,UDPA INTAN, Tn Hj Razaimie, "MASA-MASA SUKAR TAK PERNAH BERAKHIR, HANYA YANG TABAH MAMPU MENGHADAPINYA".

Isnin, 11 Mei 2009

DEBARAN MENANTI PERMULAAN "DPA"


Tinggal seminggu lagi sebelum tiba masa untuk pendaftaran Kursus Diploma Pentadbiran Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara pada 18 Mei 2009 ini. Pelbagai perasaan menyelubungi hati ini, apakah pengisian aku sepanjang kursus selama dua bulan ini. Siapakah bakal menjadi rakan sebilik? Modul -modul pelik yang aku kena hadapi? Perbelanjaan sepanjang kursus ini? Kereta aku nak parking mana? dan lain-lain perkara lagi..


Rasa sayu jugak kerana akan meninggalkan bilik pejabat ku....setelah hampir setahun dua bulan aku berkhidmat di sini, aku akan pergi meninggalkan bilikku di sini. Barang-barangku telah dimasukkan ke dalam kotak sedikit demi sedikit...


Rasa sedih juga kerana akan meninggalkan "tunang tersayang NFW" untuk tempoh enam bulan ini, boleh "pitam" dan "air penuh di kepala" selama enam bulan ini....


Semoga aku dikuatkan semangat untuk menempuh cabaran dan dugaan yang akan menjelma sepanjang kursus ini berlangsung.....

Jumaat, 24 April 2009

FASA BARU KEHIDUPANKU....SYUKUR ALHAMDULILAH...







Bersyukur aku ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya aku berjaya menjayakan fasa baru dalam hidupku.....tanggal 28 March 2009 (Sabtu), jam 3.45 petang selamat sudah berlangsung Majlis Pertunangan antara aku dan Nik Farah Wahida...






Wanita yang aku puja semenjak aku di semester lima pengajian Diploma ku di UiTM Kelantan, telah berjaya aku dapatkan cintanya...Setelah berbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi, bersyukur aku ke hadrat Allah SWT kerana telah dimakbulkan doa aku selama ini, setelah lama hati ini "terluka" bahana "permainan " Wan Nur Zahidah, aku "kembali pulih" setelah hadirnya kembali Nik Farah Wahida...






Buat keluargaku tercinta,terutama buat bondaku tersayang, terima kasih yang tidak terucap, aku luahkan....setelah sekian lama keluargaku menanti kehadiran "menantu baru" dalam keluarga DERAMAN Bin HAJI SALLEH, hadirnya Nik Farah Wahida, menamatkan semua penantian selama ini....






Buat keluarga Encik Nik Mhd Abdul Naseer, aku ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima aku selaku "bakal menantu". Penerimaan mereka pada aku ,membuatkan aku begitu terharu...Buat Ummiey Puan Zanariah Bt Hj Alwi, Arm ucapkan terima kasih yang tidak terhingga...



Ahad, 8 Februari 2009

Break Up Quotes


Break up is a sad loss. It shatters lives. But is a break up bad? If the circumstances before the break up were intolerable, then the break up may actually be good for the couple. It is better to break up with an abusive partner than to continue living with the torture.


"Relationships are like glass. Sometimes it's better to leave them broken than try to hurt yourself putting it back together."

KENAPA HARUS JADI BEGINI KESUDAHANNYA???


Ya Allah Ya Tuhanku.....berikan aku kekuatan...aku sangat lemah untuk berhadapan dengan keadaan ini...kenapa kali ini pun aku masih berhadapan dengan cerita yang sama.....aku tak mampu kehilangannya.....


Adakah dia ikhlas???jika dia ikhlas, kenapa dia masih lagi teringatkan Wann???hebat sangatkah cinta Wann padanya????


Aku harus kuatkan semangat, bersiap atas segala kemungkinan.....Ya Allah Ya Tuhanku.....bukakanlah hati NFW untuk melihat kebenaran yang sebenar........

Sabtu, 7 Februari 2009

Carilah jodoh beragama, sabda Rasulullah s.a.w



Rasulullah s.a.w pernah bersabda, "Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana harta, kerana keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka hendaklah diutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia."
Hadith ini telah diriwayatkan oleh kedua-kedua Imam Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka serta imam hadis yang lain.
Ada empat nilai dan ciri wanita yang dipilih untuk dijadikan pasangan jodoh bagi lelaki. Meninjau hadis ini, terpantul beberapa pertanyaan di fikiran kita. Antaranya, apakah kaum wanita tidak berhak membuat pilihan yang sama?
Sedangkan al-Quran meletakkan kedudukan lelaki dan wanita itu sama. Dan, beza fizikal serta mental antara mereka itulah yang menyebabkan wujudnya beberapa perbezaan, cara syariat antara mereka.
Timbul persoalan.. apakah wanita tidak memiliki hak yang sama untuk memilih pasangan mereka berdasarkan keempat-empat ciri itu? Contohnya, mereka sendiri berhak memilih lelaki yang berharta, berketurunan baik, kacak dan taat beragama.
Maka, jawapannya..wanita sendiri juga berhak menentukan pilihan jodoh masing-masing kerana daripada segi hak, mereka mempunyai jiwa, perasaan dan citarasa yang sama juga seperti kaum lelaki.

Berharta
Syor supaya menikahi wanita berharta ini, jika tidak ditafsirkan dengan betul-betul akan menyebabkan orang menganggap bahawa lelaki yang tidak berharta (miskin) digalakkan menikahi wanita hartawan. Ini menyebabkan lelaki disifatkan sebagai pengikis harta!
Demikian juga, jika dikatakan, bahawa wanita itu digalakkan untuk menikahi lelaki yang berharta, kelak wanita itu digelar sebagai perempuan yang mengejar kebendaan pula.
Sementara itu, bukankah janda-janda, balu-balu miskin yang tak terbela digalakkan untuk dinikahi untuk membela nasib mereka? Maka, di sini sudah ada percanggahan sikap dan nilai yang dianjurkan oleh Islam itu.
Jadi, apakah tafsiran yang mungkin sesuai ke atas syor Rasulullah ketika menggalakkan lelaki memiliki wanita yang berharta itu?
Atau, apakah tafsiran yang sesuai berhubung galakan dan anjuran supaya wanita memilih kaum Adam yang berharta itu?
Mungkin, tafsiran yang sesuai adalah baik lelaki dan wanita itu perlu mencari pasangan yang tahu mengendalikan harta, membina harta kekayaan dan bukan hanya semata-mata berharta sebelum menjalani kehidupan berumahtangga.

Keturunannya
Adapun keturunan ini pula bukanlah diperhitungkan daripada segi kasta, kebangsawanan, kedudukannya dalam masyarakat. Ia tentulah diperhitungkan daripada segi nasab turunan seseorang yang tidak bercampur dengan penzinaan.
Apa ertinya.. memilih seorang lelaki dan wanita daripada keturunan yang bangsawan tapi mengalir di dalam tubuhnya darah seorang penzina. Timbul pertanyaan lagi. Adakah jika wanita atau lelaki penzina itu telah bertaubat, maka mereka boleh dinikahi?
Maka, dalam hal ini, sekiranya benar-benar terdapat kesan-kesan taubat itu. Dan nikah itu dapat mengelakkan lelaki dan wanita penzina tadi daripada terus berzina maka boleh juga dipertimbangkan untuk menikahi mereka.

Kecantikannya
Kecantikan wanita atau kekacakan seorang pemuda bersifat subjektif. Seseorang melihat wanita yang kurang cantik, mungkin cantik dalam pandangan lelaki lain. Demikian juga seorang lelaki yang kurang kacak dalam pandangan seseorang wanita, mungkin kelihatan kacak dalam pandangan wanita lain.
Maka, memilih yang cantik itu sememangnya naluri semulajadi manusia. Islam itu adalah agama fitrah. Manusia itu, sama ada lelaki atau perempuan, memang sukakan kecantikan. Dan, hal ini tidaklah menyalahi kemanusiaan.
Ada orang melihat kecantikan akhlak, tutur bicara dan sikap akhlak seseorang. Semua ini adalah daya penarik yang akan mengeratkan hubungan kedua-dua pasangan itu.

Agama
Akhirnya nilai agama itulah yang paling penting sekali dan terutama dalam memilih calon pasangan.Tanpa agama, keluarga yang dibina akan hilang pedoman.
Agama pula bukan dilihat semata-mata pada ketinggian ilmu pengajian agama di institusi pengajian tinggi agama. Seseorang yang beragama itu memadailah dilihat daripada sikap mereka yang cuba mengelakkan diri daripada terjebak ke dalam kancah maksiat dan menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim.

Jumaat, 30 Januari 2009

Bila kawan jadi kekasih


Jika khuatir persahabatan didatangi kebencian, pertimbangan harus berasas akalJAUH di sudut hati, terasa betapa indah memujanya.
Namun siapa yang dapat merasakan cuitan hati jika tidak terluah dek kata-kata?Yang menjadi masalah, mampukah ia terungkap jika orang yang diminati dan sering menjentik perasaan bukanlah orang lain sebaliknya sahabat baik sendiri?Bertahun menjalin hubungan atas dasar sahabat sejati, rakan setia yang sanggup bersusah bersama dan bergembira di saat anda mahu meluah segala suka-duka, kini segalanya berubah.Jantung bagai disentap apabila bertembung dengannya bahkan tiba-tiba membuatkan hati berdebar-debar dan jatuh cinta tanpa disedari apabila perasaan itu muncul di celah persahabatan yang dijalin.Jika dulu, anda menganggap dirinya seorang sahabat sejati, sanggup berkongsi suka dan duka serta menjadi teman paling setia mendengar masalah, kini lain pula situasinya. Sahabat yang selama ini dimahkotakan sebagai teman biasa kini bertukar menjadi kekasih istimewa.Persoalannya, adakah hubungan akan berjalan dengan lancar jika bercinta dengan sahabat sendiri? Adakah dia juga merasakan hal yang sama seperti anda? Adakah anda harus menyatakan perasaan itu terhadapnya? Apabila dilamun cinta dengan teman biasa, perlu diteliti semua aspek peribadinya sebelum sesuatu hubungan itu menjadi bertambah intim. Takut nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.Kata orang, bercinta dengan sahabat sendiri akan mencetuskan kekangan dalam perhubungan. Sekiranya khuatir persahabatan itu akan berakhir dengan perasaan saling membenci, anda harus mempertimbangkan aspek pro dan kontranya.


Pro * Anda harus menyukai seluruh peribadinya. Perlu juga tahu perubahan hatinya, perkara yang membahagiakannya jika menjalin hubungan cinta dengan anda dan perkara yang perlu dihindari. * Anda sanggup menempuh suka dan duka bersama tidak kira apa juga rintangan yang dihadapi berbanding sewaktu menjalinkan hubungan persahabatan dulu. * Anda mengenali ibu bapanya dan diterima baik oleh mereka. Yang pasti, anda seharusnya mempunyai nilai positif yang membawa ke arah kebahagiaan kedua-dua pihak.


Kontra * Memandangkan anda berdua sudah mengenali perilaku masing-masing, tiada lagi hal yang boleh membuatkan anda perlu bertanya. Ia mungkin menimbulkan rasa bosan jika anda masih mahu melakukannya. * Anda meminati karakternya ketika bergelar sahabat, tetapi tidak mustahil karakter itu boleh berubah setelah hubungan yang dibina bertukar menjadi kekasih. * Sikap seperti cemburu dan syak wasangka melampau mungkin antara sikap yang tidak pernah anda sangka muncul pada si dia yang dulu hanya seorang teman biasa. * Sebagai sahabat, hubungan anda berdua dilihat bertambah baik, tetapi ia berubah setelah menjadi teman istimewa. Anda akan kehilangan orang yang selalu menjadi pendengar yang baik. Siapa yang akan menjadi pendengar setia apabila dia yang menjadi topik pembicaraan anda?Dari segi pro dan kontra yang disenaraikan, aspek kontra lebih berkemungkinan membawa anda ke arah kehancuran sebuah persahabatan yang begitu indah. Anda berasa sudah mengenali hatinya dengan baik sebagai sahabat, tetapi sebagai kekasih segalanya berubah. Terdapat juga risiko yang harus anda hadapi apabila berterus-terang mengenai perasaan. Jangan luahkan perasaan ini kerana ia akan muncul sekiranya kamu cuba menahan dan menyembunyikannya. Duduk dengan tenang, pertimbangkan aspek pro dan kontranya. Jangan lupa, risiko yang mungkin terjadi. Anda tidak akan mengetahui sejauh manakah perasaannya terhadap anda sekiranya anda takut untuk cuba bertanya sendiri. Apabila anda berdua berjaya mengungkap perasaan cinta itu, mungkin pada awalnya ia akan menimbulkan sedikit kejanggalan, tetapi kesudahannya, ia akan berakhir dengan kegembiraan.

Kenali karakter melalui tarikh lahir


PELBAGAI elemen dapat dikenal pasti antara anda dengan si dia dicintai. Antaranya, persamaan minat dan cita rasa.Ilmu kaji bintang atau sains metafizik turut meletakkan kajian terhadap elemen nombor atau tarikh lahir sehingga boleh menzahirkan karakter seseorang.
Elemen logam, air, kayu, api dan tanah dinyatakan dalam bentuk tersirat menerusi tarikh lahir berkenaan mengenai pelbagai jenis sikap. Walaupun ia sekadar tekaan berdasarkan nombor atau tarikh lahir, semak panduan berikut jika mahu mempercayainya. Andai sebaliknya, abaikan saja.
Lahir pada 1 haribulan - Si dia berjiwa seni dan gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di pesisiran pantai.


2 haribulan - Anda boleh mengharapkan pemberian sejambak bunga atau patung beruang kerana si dia berjiwa romantik. Pada peringkat awal, dia malu-malu kerana takut dikecewakan. Mulakan perhubungan sebagai teman rapat.


3 haribulan - Sikap si dia sukar diramal. Lalu anda harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah, ini membuatkan si dia kekurangan masa untuk bersama.


4 haribulan - Kurang yakin dan takut mencuba sesuatu yang baru. Apa kata, setiap kali si dia bercadang melakukan sesuatu perkara, berilah sepenuh sokongan kepadanya.


5 haribulan - Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorang, sukar baginya berterus terang.


6 haribulan - Si dia umpama magnetik. Semua orang sukakannya. Ringan tulang dan bersedia membantu sesiapa saja.


7 haribulan - Cepat panas baran dan mudah mengeluarkan perkataan tidak sepatutnya dilafazkan hingga menyinggung perasaan orang lain. Ada kalanya boleh menimbulkan persengketaan.


8 haribulan - Si dia agak pendiam dan sukar didekati. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya.


9 haribulan - Pandai mengambil hati dan penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yang mengejarnya. Maknanya, anda mempunyai ramai saingan.


10 haribulan - Jujur, berterus terang dan berusaha mendapatkan apa yang diingini. Si dia mudah disenangi dan anda pula harus pandai mengambil hatinya.


11 haribulan - Mementingkan kerjaya, ada kalanya sampai lupakan kehidupan sosial.


12 haribulan - Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka, yang penting adalah kerjaya dan soal masa depan.


13 haribulan - Tegas membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya, seseorang cepat bosan tetapi dia penyayang.


14 haribulan - Berjiwa penyayang dan sukakan kanak-kanak. Si dia juga mementingkan keluarga.


15 haribulan - Suka memendam rasa. Sering mengukir senyuman namun di hati, siapa tahu?


16 haribulan - Garang! Walaupun garang, ada kalanya dia punya sikap romantik dan penyayang. Tidak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati.


17 haribulan - Lembut namun tegas dalam membentuk keharmonian perhubungan.


18 haribulan - Berkebolehan melukis dan kreatif. Banyak menghabiskan masanya dengan hobi ini.


19 haribulan - Mudah tersinggung dan agak manja. Si dia suka jika anda melayannya seperti bayi. Melalui lirikan dan senyuman manja anda, sudah cukup untuk menawan hatinya.


20 haribulan - Tenang dan bersahaja. Ada kalanya jika menghadapi situasi mencemaskan, riak wajahnya tetap tenang tetapi tidak hatinya.


21 haribulan - 'Angin' tidak menentu tetapi masih boleh dikawal. Gemar bersantai di kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan.


22 haribulan - Agak emosi dan sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dengan pujuk rayu gadis.


23 haribulan - Ego dan pentingkan diri sendiri. Si dia juga mementingkan kawannya.


24 haribulan - Takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya.


25 haribulan - Gembira dan gemar berlawak.


26 haribulan - Si dia mudah dipengaruhi. Jangan terkejut jika dia mempunyai koleksi kekasih.


27 haribulan- Walaupun nampak ganas, sebenarnya dia berjiwa sentimental. Jangan pula anda mengambil kesempatan ke atas dirinya.


28 haribulan - Si dia suka memerintah. Anda perlu tahu mengawal perasaan sekiranya si dia bersikap begitu pada anda.


29 haribulan - Gemar bertukar pasangan. Renungan manja anda dapat mencairkan si dia.


30 haribulan - Boros berbelanja terutama 'menyolek' kereta kesayangannya. Jika boleh, beri nasihat supaya dia mengawal perbelanjaan dan simpan duit untuk masa depan.


31 haribulan - Gemar bergaya dan pentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yang berpersonaliti.

Lelaki awet muda


MEMANG berbaloi sekiranya kita berbelanja lebih sedikit untuk nampak muda dan bergaya. Tidak kira sama ada bergaya ke pejabat ataupun sekadar menghadiri temu janji dengan kekasih.
Satu-satunya kunci kejayaan adalah penjagaan dan perapian, kata seorang pakar kecantikan.
Justeru, tidak hairanlah lelaki masa kini menjadikan penjagaan kecantikan sebagai keutamaan kerana mahu kelihatan lebih menarik dan awet muda. Bagaimanapun, keghairahan lelaki terhadap barangan kosmetik tidaklah sehebat wanita.
Banyak peruncit mengakui adalah lebih mudah untuk menjual kosmetik kepada wanita berbanding lelaki.
Biasanya lelaki meminta wanita membeli barangan kosmetik untuknya dan tidak begitu cerewet dengan pakej atau pembungkusan, sedangkan wanita lebih suka kepada bungkusan yang menarik dan eksklusif.

Yang paling penting, lelaki tidak suka memanggilnya sebagai mekap. Mungkin panggilan produk penjagaan kulit atau perapian lebih sesuai.
Ruangan Jejaka minggu ini memberi fokus kepada amalan penjagaan diri kaum Adam dari hujung rambut sehingga hujung kaki.


Menghilangkan uban
Salah satu cara paling pantas untuk mengubah penampilan yang sudah nampak berumur adalah dengan menghapuskan uban. Uban yang dibuang akan membuatkan lelaki kelihatan beberapa tahun lebih muda daripada usia sebenar. Sebagai permulaan, apa kata anda mewarnakan rambut dengan warna yang sesuai dengan kulit dan imej.
Antara produk yang senang digunakan dan dihasilkan khas untuk lelaki ialah Just for Men Haircolor. Anda cuma perlu membelinya di farmasi atau pasar raya. Ia mudah disapu pada bahagian kepala dan hasilnya memuaskan.
Sekiranya janggut atau misai anda bertukar warna (putih) dahulu sebelum bahagian kepala, pengeluar produk Just for Men Haircolor memiliki sejenis gel dengan formula tidak menitis, khas untuk menyembunyikan warna bulu pada bahagian wajah.


Potong pendek rambut gugur
Rambut gugur atau botak merupakan satu lagi masalah utama lelaki. Kalau menyikat rambut yang masih 'ada' dari depan ke belakang, memang nampak ketinggalan zaman. Jadi, sesuaikan diri dengan perubahan seperti memotong rambut agar lebih pendek.
Apabila lelaki menghadapi masalah keguguran rambut pada bahagian kepala, mereka akan sedar bahawa rambut juga tumbuh di bahagian lain seperti hidung, telinga dan bahagian belakang badan. Pastikan anda mencukur atau menggunakan teknik pengilat lilin untuk penampilan yang kemas, rapi dan kontemporari.
UNTUK mengelakkan kulit cepat berkedut, gunakan pelembap bagi melindunginya daripada sinaran UV matahari.


Lindungi dan jaga kulit
Cara terbaik untuk mengelakkan kulit cepat berkedut adalah dengan melindunginya daripada sinaran UV matahari dengan menggunakan pelembap setiap hari.
Penjagaan kulit yang betul merangkumi penggunaan krim pembersih wajah. Gosok dengan lembut bahan pengelupas bagi memudahkan proses bercukur. Ini diikuti dengan pelembap yang mengandungi bahan perlindungan sinaran matahari dan pelembap muka yang mengandungi bahan AHA untuk menjana semula struktur kulit pada waktu malam.


Tumpuan pada tangan dan kaki
Jangan lupa untuk memasukkan penjagaan tangan dan kaki dalam rutin seharian. Potong dan jaga kuku jari tangan dan kaki supaya nampak kemas, selain menampilkan sifat bersih seseorang. Peruntukkan sedikit masa untuk memotong kuku di rumah.
Tapak kaki yang berbau memang sesuatu yang lumrah dalam kehidupan lelaki, terutama bagi mereka yang aktif bersukan. Jangan bimbang kerana ia sebenarnya mudah diatasi. Gosok tapak kaki ketika mandi setiap hari dan lap sehingga kering.


Jangka hayat pisau cukur
Hanya dua bahan yang diperlukan iaitu sebotol minyak mineral dan alkohol. Selepas selesai bercukur, bersihkan ia dengan air dan lap sehingga kering sepenuhnya. Selepas itu, rendam pisau pencukur ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan minyak mineral. Ia akan menghentikan proses pengoksidaan yang menumpulkan bahagian sisi pisau yang tajam.

Selasa, 27 Januari 2009

Saat menilai cinta


SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.
Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.
Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.
Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:
1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.


2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.


3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.


4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.


5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.


6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Trilogi Cinta (Cinta Tiga Segi)


Setahun sudah ku mengunggu dirimuAkhirnya kau menjadi milikku

Sukarnya untukku melupakanmuKerna Kau ku cintai selalu
Tapi sayang kehadiran kekasih lamamuDatang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlakuApakah ini semua kerna dirikuSedangkan aku cuma watak dalam percintaan

Tak sanggup aku melepaskanmuKau ibarat terperangkap di tengah lautan

Tak tahu mana arah untuk kau menuju
Andai kau pinta untuk melepaskanmuTerpaksa aku turutkanMungkinkah ini suatu pengajaranDi dalam percintaan

KEKASIH GELAPKU.....




Ku mencintaimu, lebih dari apapun Meskipun tiada satu orang pun yang tahu


Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ku tahu ku takkan selalu ada untukmu Disaat engkau merindukan diriku


Ku tahu ku takkan bisa memberikanmu waktu Yang panjang dalam hidupku
Yakinlah bahwa engkau adalah cintaku Yang ku cari selama ini dalam hidupku Dan hanya padamu ku berikan sisa cintaku Yang panjang dalam hidupku...

Ku mencintaimu, lebih dari apapun Meskipun tiada satu orang pun yang tahu


Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun Meskipun tiada satu orang pun yang tahu


Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...
Ooh...
Ku mencintaimu, lebih dari apapun Meskipun tiada satu orang pun yang tahu


Ku mencintaimu, sedalam-dalam hatiku Meskipun engkau hanya kekasih gelapku...

What is in the hearts of men?


Here when I mean “men”, I am refering to mankind, meaning the female gender is also included. We judge a person by their actions and sometimes what they say but little do we know what is their motive behind their actions. Some may be outwardly harsh, sometimes rude and may not be easy to work with but have no ill feelings or bad intentions towards you. On the other hand, some may sweet talk you, but may do some harm behind you.
Lets us work together without passing judgementThe big question is, what is the main motive behind a person’s action? Since we will never know, we are called to accept, forgive and work with one another without passing judgment. Always think the best of the person and show them grace. You will find working with people become less of a chore and more of a blessing.

Appreciation


Sometimes we fail to appreciate the good things in life. It is said that we appreciate only when something dear and important is taken away from us or for the things we take for granted. When I wake up in the morning, I never fail to thank God for the lovely day, weather, the beauty of his creation, the trees, the plants, all that he has made for our enjoyment.
Be thankful, not many are as fortunate as youBegin your day by appreciating your spouse, family members, boss, colleagues, clients, your health, etc. You will spend less time complaining about the things that are not up to your expectation.

KAITAN NOMBOR DAN KEPERIBADIAN ANDA....



Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1----Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.


no.2----Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.


no.3----Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.


no.4----Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.


no.5----Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.


no.6----Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.


no.7----Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.


no.8----Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.


no.9----Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

KENALI JARI ANDA DAN TANDA-TANDANYA...


1. Cuba tengok jari anda. Genggam kuat2 &angkat ke atas sambil laung.."Allahu Akbar". ItulahRukun Islam yang mesti dijunjung.


2. Straight kan jari ke depan dlm keadaan terbuka& Renung dalam-dalam. Itulah kewajipan solatlima waktu jangan kita abaikan..


3. Put ur hand on the table, perhatikan. Start dr jarikelinking yg kecil & kerdil, mcm manusia & apabenda pun akan start dr kecil then membesar &terus membesar. Itulah fitrah insan dan alamseluruhnya. Whatever we do semua start darikecil. Kegagalan mendidik pd usia muda akan beriimpact/kesan yg besar pd masa depan..


4. Then tgk jari kedua, jari manis. Mcm tu jugak ladgn usia remaja..semuanya sweet.. manis mcmjari manis. Ms remaja kita selalu di duga dgncabaran & dugaan.. Hanyan iman & takwa akantunjukkan jalan kebenaran.


.5. Jari ketiga jari yang paling tinggi, jari hantuibarat alam dewasa kita. At 30's kita dah punyastatus & ekonomi & career yg stabil but kita kenacareful sebab masa ni la banyak "hantu-hantupengacau" yang datang menggoda. Hantu dengki,hantu ego, hantu tamak, hantu jealous danmacam2 hantu lagi... Kalau gagal kawal emosikhuatir kita masuk ke perangkap nafsu dansyaitan.. So kita kena la lipat gandakan ibadat


.6. Jari telunjuk - Jari ni lah yg mengungkap satudan Esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkesemua jari kecuali telunjuk see how Gagahnyatelunjuk sebagai penunjuk arah, jadi contoh &tauladan pada jari2 sblm ni. Mcm tu jugak dgn kitaperlu jadi role model to the new generation.. jadipembimbing yg kaya dgn idea bernas & a greatmind.


7. Lastly renung la ibu jari.. besar/gemuk &pendek compare to the others but it showskematangan & kehebatan yg membanggakan.Kalau ada ibu jari semua urusan lancar tapibayangkan kalau takde ibu jari... nakgengam/pegang something cukup susah.. nakpegang sudu pun susah. To young generation, nakbuat apa2rujuk la kat org tua/berpengalaman. Kalau kitapatuh pd petunjuk mereka, then boleh la kitasay "good" or "yes" sambil thumbs up itulah rahsiakejayaan kita...

Ahad, 25 Januari 2009

ARAHAN KE MELAKA


Pagi nie 13/1/2009 aku sampai opis jam 7.00 pagi, x tau kenape beria-ria sangat nak masuk pejabat, maybe dah lama x ade d pejabat.....rindu pada meja dan kerusi ku....sampai jer di opis, trus ON PC dan pasang radio di meja ku, pastinyer saluran MIX FM.....hehhehe.....lepas semak semua surat-surat dan dokumen -dokumen yang bertimbun, perut dah mula berbunyi, trus trun cafe di bawah, minum dan makan.....beehoon goreng dan peparu goreng serta milo ais....wah bgus nyer dapat makan.....


Naik jer ke opis smule, bos panggil bagi arahan utk aku ke Melaka pulak, coz kena ganti PSUK (SM) 4 yang tidak dapat hadir coz ade kematian keluarga,apa lagi SAYA YANG MENURUT PERINTAH.....siapkan kerja sampai tghari, kemudian sedar tak sedar dah waktu lunch,Hisyam dan Ayda ajak trun makan....betul-betul x sedar waktu cepat berlalu.....menu ku...nasi putih, ikan keli goreng bersambal serta air jagung.....huh.....enak sekali.....


Masuk semula ke opis, solat Zuhur dan rehat jap....panggil Hakim untuk pastikan aku ade kenderaan nak ke Melaka, dh x larat nak drive ke Melaka.....mula-mula ingat nak drive coz ssh d sane nnti klau x de kenderaan stand by....


Jam 5.30 petang balik rumah jap, kemas barang nak bawa ke Melaka, baju pun x kemas lagi.....kena cepat nie....aku suh Hakkim datang amik aku di rumah jam 6.15 pm.....tepat-tepat jam 6.15 pm aku trun....ngam-ngam dia datang mase tue....sayu plak nak pg Melaka, coz baru semlmn ddapat ddk rumah....tp apekn daya.......masuk jer kenderaan trus lelap.....sedar jer dh d Tol Ayer Keroh....huh.....sedap betoi dapat tidur, nasib baik Hakkim dah tau kepenatan aku, coz dia bersama aku dari Cherating lagi......aku sms urusetia di Melaka, tanya tentang makan malam, nasib baik diaorg ckp ade lagi....klau dh k Melaka mesti pekena Masak Asam Pedas.....


Kenderaan masuk jer area hotel, terkejut aku tengok.....hotel ape nie,mcm "Hotel Ah Keong" jer....tp ape nk kata, bukan aku yang pilih hotel nie.....terpaksa maniskn muka mase check in....nasib baik aku disediakan dengan bilik SUITE.....kurg arr skit rase terkilan aku....ade lar aku terserempak dengan beberapa peserta yang aku kenal, boleh arr borak-borak....


14/1/2009, petang waktu free, ape lagi aku keluar jalan-jalan.....nie btl2 jalan2....JALAN KAKI....dari tempat penginapan ke Dataran Pahlawan.....beli cenderamata skit, trus pusing2...rase bowrink, aku terpandang GSC....berpusing-pusing aku cari...baru jumpe....dok pk nak tgk citer ape......layan arr HISTERIA.....tp sejam lagi kn tggu, x per....trun makan dulu...minum d Kopitiam.......wahhhh.....segar skit.....blh tahan gak citer nie.....mlm nie nak wat ape, urusetia beria-ria nak makan ikan bakar dan seafood, ape lagi Umbai @ Alai arrr.....kul 2 am makan ikan bakar......pening x ...?????


15/1/09, majlis penutup program oleh Pengarah JBS Melaka, hbs jer aku trus kemas barang nak blk Putrajaya....smpai di pejabat jam 3.30 pm....trus semak semua surat-surat dan dokumen kerja......

PERMULAAN TAHUN BARU 2009 YANG PADAT DENGAN PROGRAM


Permulaan tahun baru 2009 ku bermula dengan pelbagai program yang sangat padat, bermula dari 4 Januari 2009 aku bergerak ke Suria Resort Cherating bagi menyelaraskan Kursus Induksi Umum Kumpulan (Sokongan II) Bil 1/2009 hingga 12 Januari 2009. Selesai jer Peperiksaan Kursus Induksi Umum ini, aku arrange kn peserta nie ke Kompleks Rakan Muda Kemaman bagi mengikuti Kursus Biro Tatanegara Modul SSM sehingga 16 Januari 2009. Selesai jer majlis penyerahan, drive balik ke Putrajaya, sampai di Putrajaya jam 9.00 malam, excited sangat sebab nak jumpe NFW, nak makan same2....Rindu sangat kat dia....


Tapi bile sampai di area Gombak dia antar sms bgtau kat aku suh balik rehat dulu.....wah...buat aku trus hilang semangat dan selera makan.....punyer arr aku tekan minyak giler-giler dari Kemaman utk jumpe dia, dia suh mcm nie plak....mmg pompuan ssh nk dimengertikan.... Trus aku layan jer drive slow-slow....


Sampai umah, mandi dan rehat sambil bawa hati.....tetibe dia sms bgtau ajak kuar mkn, mule-mule nak merajuk, tapi rugi arrr.....hehehehhe......ape lagi.....cepat-cepat kuar.......dia datang amik aku di rumah......hehehe......pergi makan di Restoran Sup Matsirat Kinrara.......makan sikit pun dah rase cepat kenyang coz makan bersama......huhuhuuuu

Sabtu, 3 Januari 2009

TUGASAN PERTAMA TAHUN BARU 2009 DI SURIA RESORT CHERATING ;4-13 JANUARI 2009







Jap lagi aku dah nak gerak ke Suria Resort Cherating Pahang, memulakan tugasan hakikiku yang pertama di tahun 2009. Kali pertama aku ke tempat tue pada malam sambutan tahun baru 2009, tue mase nak buat INSPECTION untuk Kursus Induksi Umum Kumpulan Sokongan II, Bil 1/2009. Tempatnya boleh tahan, simple tapi menarik, sepanjang aku bertugas di unit latihan ini, empat perkara utama yang amat aku titikberatkan ialah 1)PR STAFF DI KAUNTER 2)BILIK 3)MAKANAN 4)DEWAN SEMINAR.


Aku akan ade di sane dari arini 4/1/2009 sampai 13 /1/2009, semoga perjalanan program kali ini berjalan dengan lancar. Harap-harap peserta kali nie semua ok, jangan ade yang boleh buat aku pening dan naik angin.....huhuhuuuuuu..............
Aku mengharapkan dapat menikmati keindahan suasana pantai yang indah di sana...

TANDA-TANDA BERBOHONG



TANDA-TANDA BERBOHONGBERAPA KERAP ANDA PERASAN BAHAWA TIBA-TIBA TEMAN WANITA ATAU PASANGAN MEMBOHONGI ANDA? ADA SAHAJA ALASAN YANG DIBERI SEHINGGA ANDA MERASAKANADA SESUATU YANG DISELINDUNGKAN. ITU JIKA ANDA MENGESANNYA DENGAN LEBIHAWAL DAN ANDA TAHU DIA MEMANG SEDANG BERBOHONG. TETAPI BAGAIMANA PULAJIKA SI DIA SEDIKIT PUN TIDAK MENUNJUKKAN BAHAWA DIA SEDANG BERBOHONGDAN ANDA TERUS-TERUSAN MEMPERCAYAINYA. Jangan risau, tip dibawah akan membantu anda mengenal pasti sama ada pasangan anda berbohong atau tidak. Menyentuh hidung Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akandipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenalisebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan andadan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatuyang diselindungkannya. Menutup mulut Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabilaberbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir darisegi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidakberbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cubamenghalangnya. Gagap Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagapmerupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiadaapa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain sepertisedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebutberbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dansidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atastindakannya itu. Pergerakan mata Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandangtepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangandari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada jugakeadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip denganbanyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yangberkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normalsahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong. Melengah-lengahkan jawapan Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka ciptapembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainyamerupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta. Resah Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabilaseseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dantidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, iniberkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong. Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang ituberbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannyadengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinyaberbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkinmerupakan tanda orang tersebut berbohong.

Jumaat, 2 Januari 2009

Cerita tentang JODOH

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Pepatah Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones. Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut. Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang kemudiannya mungkin cinta sejati ......Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahil ...... Namun aku bersyukur kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku..Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru ku tinggalkan hampir empat bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus ku kenang selamanya.Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, ku tinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku."Saya cabar awak.""Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much.. Well, what would you say?"Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku.Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila. Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar, suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya.Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama. Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No Sir!" dengan tegas. Aneh.. Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku. Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja.. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial, dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum 'bahagia'.. Pastilah, sebentar nanti aku akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu.Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku? Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen ..... Aku menjalani kehidupan yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. . Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi.. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Ku semak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah ... Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half day today. So then, take care. Again, sorry..-Zhafran-Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai.. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah! Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow .Tanpa perasaan, ku nyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya ku beritahu tentang hasrat menyambung pengajian.Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-adikku dan tersenyum memandangku.Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan ku tunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak bahagia."Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih.Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran ku dail. Lama baru ku dengar suaranya. Hatiku pedih."Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak." Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the second you call out my name years ago and i can't believed it. "Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak. "I'm sorry i love you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

Puasa sunat pada 10 Muharram

Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10 atau lebih dikenali dengan nama Hari Asyura'. Pada hari tersebut kita disunatkan berpuasa.
Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.
Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.
KELEBIHAN
Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI
Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.
Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.
SEJARAH 10 MUHARRAM
Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukasyafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:
Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
Diterima taubat Nabi Adam a.s.
Dicipta Adam a.s.
Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
Selamat Musa dan pengikutnya.
Lemas Firaun.
Dilahirkan Nabi Isa a.s.
Diangkat Nabi Isa kelangit.
Diangkat Nabi Idris ke langit.
Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.
14 perkara yang sunat dilakukan pada hari Asyura :1. Melapangkan masa / belanja anak isteri fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti
3. Menahan marah fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha
4. Menunjukkan orang sesat fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya
5. Menyapu / mengusap kepala anak yatim fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
6. Bersedekah fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi Sunat fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu lafaz niat : sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
9. Bercelak fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kalifadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti
11. Sembahyang sunat empat rakaat fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. lafaz niat : sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala. Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca "has biallahhu wa nik mal wa kila nikmal maula wa nikmannasiru" fadhilat - Tidak mati pada tahun ini
13. Menjamu orang berbuka puasa fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa Niat - Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala. fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH

Semoga kedatangan bulan Hijrah yang baru membawa LEMBARAN HIDUP baru padaku...

SELAMAT DATANG KE BLOGKU...

Salam buat semua pengunjung blog ini, terima kasih di atas kesudian untuk melayari blog ini, semoga segala info yang ditulis dapat dikongsi bersama....