Jumaat, 24 April 2009

FASA BARU KEHIDUPANKU....SYUKUR ALHAMDULILAH...







Bersyukur aku ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya aku berjaya menjayakan fasa baru dalam hidupku.....tanggal 28 March 2009 (Sabtu), jam 3.45 petang selamat sudah berlangsung Majlis Pertunangan antara aku dan Nik Farah Wahida...






Wanita yang aku puja semenjak aku di semester lima pengajian Diploma ku di UiTM Kelantan, telah berjaya aku dapatkan cintanya...Setelah berbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa aku tempuhi, bersyukur aku ke hadrat Allah SWT kerana telah dimakbulkan doa aku selama ini, setelah lama hati ini "terluka" bahana "permainan " Wan Nur Zahidah, aku "kembali pulih" setelah hadirnya kembali Nik Farah Wahida...






Buat keluargaku tercinta,terutama buat bondaku tersayang, terima kasih yang tidak terucap, aku luahkan....setelah sekian lama keluargaku menanti kehadiran "menantu baru" dalam keluarga DERAMAN Bin HAJI SALLEH, hadirnya Nik Farah Wahida, menamatkan semua penantian selama ini....






Buat keluarga Encik Nik Mhd Abdul Naseer, aku ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana menerima aku selaku "bakal menantu". Penerimaan mereka pada aku ,membuatkan aku begitu terharu...Buat Ummiey Puan Zanariah Bt Hj Alwi, Arm ucapkan terima kasih yang tidak terhingga...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan