Isnin, 11 Mei 2009

DEBARAN MENANTI PERMULAAN "DPA"


Tinggal seminggu lagi sebelum tiba masa untuk pendaftaran Kursus Diploma Pentadbiran Awam (DPA) di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Bukit Kiara pada 18 Mei 2009 ini. Pelbagai perasaan menyelubungi hati ini, apakah pengisian aku sepanjang kursus selama dua bulan ini. Siapakah bakal menjadi rakan sebilik? Modul -modul pelik yang aku kena hadapi? Perbelanjaan sepanjang kursus ini? Kereta aku nak parking mana? dan lain-lain perkara lagi..


Rasa sayu jugak kerana akan meninggalkan bilik pejabat ku....setelah hampir setahun dua bulan aku berkhidmat di sini, aku akan pergi meninggalkan bilikku di sini. Barang-barangku telah dimasukkan ke dalam kotak sedikit demi sedikit...


Rasa sedih juga kerana akan meninggalkan "tunang tersayang NFW" untuk tempoh enam bulan ini, boleh "pitam" dan "air penuh di kepala" selama enam bulan ini....


Semoga aku dikuatkan semangat untuk menempuh cabaran dan dugaan yang akan menjelma sepanjang kursus ini berlangsung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan