Pada hari raya Eidul Fitri yang lepas, sahabat baik semasa kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) telah selamat diijabkabulkan, majlis telah dilangsungkan di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu, Bandaraya Islam (MPKBRI).
Rabu, 30 Disember 2009
UMMAR TARO,ANAK BUAHKU....
Inilah wajah Ummar Taro Takesyi Kumagai, anak buah kesayanganku....Semenjak dari kecil lagi dia membesar di hadapanku, Semenjak berpindah ke Putrajaya, selalu merinduinya.
Semenjak dari kecil dia menghadapi masalah kesihatan sehingga mengakibatkan dia terpaksa menjalani pembedahan sebanyak dua kali, di belakang kepala dan perut.
Kesan dari pembedahan itu, dia menghadapi masalah bertutur dengan sempurna, tapi kadang-kadang dia boleh bertutur dengan lancar, paling kerap "Ohh No..." Umurnya baru genap empat (4) tahun....Sangat merinduinya.....
TAMAT SUDAH KURSUS DIPLOMA PENGURUSAN AWAM (DPA), INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)
Syukur ke hadrah Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, dapat juga menamatkan kursus ini, dalam masa enam bulan setengah saya mengikuti kursus ini, pelbagai ujian, dugaan dan cabaran yang ditempuhi. Benarlah kata-kata senior yang terdahulu, "mental mesti kuat, fizikal hanya mengikut apa kata mental".Juga saya petik kata-kata Penyelaras Program ,UDPA INTAN, Tn Hj Razaimie, "MASA-MASA SUKAR TAK PERNAH BERAKHIR, HANYA YANG TABAH MAMPU MENGHADAPINYA".
Langgan:
Catatan (Atom)