MEMANG berbaloi sekiranya kita berbelanja lebih sedikit untuk nampak muda dan bergaya. Tidak kira sama ada bergaya ke pejabat ataupun sekadar menghadiri temu janji dengan kekasih.
Satu-satunya kunci kejayaan adalah penjagaan dan perapian, kata seorang pakar kecantikan.
Justeru, tidak hairanlah lelaki masa kini menjadikan penjagaan kecantikan sebagai keutamaan kerana mahu kelihatan lebih menarik dan awet muda. Bagaimanapun, keghairahan lelaki terhadap barangan kosmetik tidaklah sehebat wanita.
Banyak peruncit mengakui adalah lebih mudah untuk menjual kosmetik kepada wanita berbanding lelaki.
Biasanya lelaki meminta wanita membeli barangan kosmetik untuknya dan tidak begitu cerewet dengan pakej atau pembungkusan, sedangkan wanita lebih suka kepada bungkusan yang menarik dan eksklusif.
Yang paling penting, lelaki tidak suka memanggilnya sebagai mekap. Mungkin panggilan produk penjagaan kulit atau perapian lebih sesuai.
Ruangan Jejaka minggu ini memberi fokus kepada amalan penjagaan diri kaum Adam dari hujung rambut sehingga hujung kaki.

Menghilangkan uban
Salah satu cara paling pantas untuk mengubah penampilan yang sudah nampak berumur adalah dengan menghapuskan uban. Uban yang dibuang akan membuatkan lelaki kelihatan beberapa tahun lebih muda daripada usia sebenar. Sebagai permulaan, apa kata anda mewarnakan rambut dengan warna yang sesuai dengan kulit dan imej.
Antara produk yang senang digunakan dan dihasilkan khas untuk lelaki ialah Just for Men Haircolor. Anda cuma perlu membelinya di farmasi atau pasar raya. Ia mudah disapu pada bahagian kepala dan hasilnya memuaskan.
Sekiranya janggut atau misai anda bertukar warna (putih) dahulu sebelum bahagian kepala, pengeluar produk Just for Men Haircolor memiliki sejenis gel dengan formula tidak menitis, khas untuk menyembunyikan warna bulu pada bahagian wajah.
Potong pendek rambut gugur
Rambut gugur atau botak merupakan satu lagi masalah utama lelaki. Kalau menyikat rambut yang masih 'ada' dari depan ke belakang, memang nampak ketinggalan zaman. Jadi, sesuaikan diri dengan perubahan seperti memotong rambut agar lebih pendek.
Apabila lelaki menghadapi masalah keguguran rambut pada bahagian kepala, mereka akan sedar bahawa rambut juga tumbuh di bahagian lain seperti hidung, telinga dan bahagian belakang badan. Pastikan anda mencukur atau menggunakan teknik pengilat lilin untuk penampilan yang kemas, rapi dan kontemporari.
UNTUK mengelakkan kulit cepat berkedut, gunakan pelembap bagi melindunginya daripada sinaran UV matahari.
Lindungi dan jaga kulit
Cara terbaik untuk mengelakkan kulit cepat berkedut adalah dengan melindunginya daripada sinaran UV matahari dengan menggunakan pelembap setiap hari.
Penjagaan kulit yang betul merangkumi penggunaan krim pembersih wajah. Gosok dengan lembut bahan pengelupas bagi memudahkan proses bercukur. Ini diikuti dengan pelembap yang mengandungi bahan perlindungan sinaran matahari dan pelembap muka yang mengandungi bahan AHA untuk menjana semula struktur kulit pada waktu malam.
Tumpuan pada tangan dan kaki
Jangan lupa untuk memasukkan penjagaan tangan dan kaki dalam rutin seharian. Potong dan jaga kuku jari tangan dan kaki supaya nampak kemas, selain menampilkan sifat bersih seseorang. Peruntukkan sedikit masa untuk memotong kuku di rumah.
Tapak kaki yang berbau memang sesuatu yang lumrah dalam kehidupan lelaki, terutama bagi mereka yang aktif bersukan. Jangan bimbang kerana ia sebenarnya mudah diatasi. Gosok tapak kaki ketika mandi setiap hari dan lap sehingga kering.
Jangka hayat pisau cukur
Hanya dua bahan yang diperlukan iaitu sebotol minyak mineral dan alkohol. Selepas selesai bercukur, bersihkan ia dengan air dan lap sehingga kering sepenuhnya. Selepas itu, rendam pisau pencukur ke dalam sebuah mangkuk yang diisi dengan minyak mineral. Ia akan menghentikan proses pengoksidaan yang menumpulkan bahagian sisi pisau yang tajam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan